Sunday, 27 November 2011

Mari Kenali Kelas Pemulihan Mawar





Bilik Darjah merupakan tempat murid-murid menuntut ilmu dan juga tempat guru menunaikan tanggungjawabnya. Bagi menjamin satu suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah haruslah teratur dan keadaan bilik mestilah ceria.



Tuesday, 15 November 2011

Pengurusan Bilik Darjah Pemulihan Khas

Pengenalan
Bilik Darjah merupakan tempat murid-murid menuntut ilmu dan juga tempat guru menunaikan tanggungjawabnya. Hampir keseluruhan masa persekolahan dihabiskan di bilik darjah. Oleh itu, bagi menjamin satu suasana Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan, pengurusan bilik darjah haruslah teratur dan keadaan bilik mestilah ceria.

Fizikal Bilik Darjah
Selalunya kita menceritakan sesebuah bilik darjah yang ideal dengan sudut bacaan, sudut aktiviti dan lain-lain tetapi pada hakikatnya ( buat masa ini), bilik darjah yang diperuntukkan tidak lebih dari saiz setengah bilik darjah. Jadi kita harus lebih realistik dari segi penyusunan perabot dan meja-kerusi murid dan guru. Gambarajah di bawah merupakan satu panduan pelan kelas pemulihan khas.


 Keadaan Bilik Darjah
·         Bersih, ceria dan teratur, terang dengan pengudaraan yang baik,
·         Tempat duduk guru dan murid yang selesa,
·         Susunan perabot tidak terlalu mengganggu pergerakan murid dan guru,
·         Memupuk interaksi murid,
·         Mengalakkan kerjasama dalam kumpulan

Keperluan dan Kelengkapan Kelas Pemulihan Khas

·         Label Kelas Pemulihan ( hendaklah ditampal di luar bilik darjah ),
·         Carta Aliran Pelaksanaan Program Pemulihan,
·         Jadual Waktu ( hendaklah dipamerkan ),

·         Nama murid-murid mengikut sesi pemulihan ( hendaklah yang dipamerkan ),

·         White Board,
·         Lantai bertikar getah atau berkarpet,
·         Langsir,
·         Kipas,
·         Radio,
·         Rak untuk dokumen-dokumen dan buku-buku,
·         Carta-carta yang bersesuaian.

Dokumen-dokumen Wajib untuk Kelas Pemulihan Khas

Fail Kelas Pemulihan yang mengandungi :

·         Surat Pekeliling
·         Maklmat Guru Pemulihan dan Perlantikan
·         Jawantankuasa Pemulihan Khas Sekolah & Minit Mesyuarat
·         Objektif dan Matlamat Pemulihan Khas Sekolah
·         Jadual Waktu
·         Senarai nama murid pemulihan mengikut kelas
·         Statistik / Analisa Pencapaian murid pemulihan setiap sesi


Fail Diri Murid Pemulihan Khas yang mengandungi :

o   Borang Pencalonan
o   Borang Latar Belakang Murid Pemulihan
o   Borang Pengumpulan Maklumat
o   Ujian Saringan dan Diagnostik
o   Hasil-hasil penilaian yang dijalankan

Apa yang kita perlu tahu tentang pemulihan khas ?

Pentadbiran Kelas Pemulihan Khas


Peruntukan Jawatan Guru Pemulihan Khas


  • Semua sekolah rendah yang bukan SKM diperuntukkan seorang Guru Pemulihan Khas  yang        tidak termasuk dalam perkiraan peruntukkan guru asas – Rujuk Borang SR 2/88

  • Guru Pemulihan Khas berkhidmat sepenuh masa dan tidak dibenarkan dilantik sebagai guru ganti – Rujuk Perkara 3 dalam Surat J.Pend.Pk.(AM) 3955/21/47Jld.3(209) bertarikh 22 Mei 2000.

Peruntukan Kewangan


Tiada peruntukan kewangan khusus untuk Program Pemulihan Khas kerana murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan khas adalah murid-murid dari kelas biasa yang hanya dikeluarkan pada waktu tertentu. Jadi perbelanjaan pengurusan Program Pemulihan Khas boleh diambil dari duit PCG untuk murid-murid berkenaan. Perbelanjaan pengurusan tambahan boleh dipohon dari PIBG sekolah.

Kepada mana-mana sekolah yang ada Program Percantuman Pendidikan Khas, sebahagian kecil duit PCG murid-murid khas boleh digunapakai untuk membantu Program Pemulihan Khas dengan kelulusan dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak.


Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas

  • Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6,

  • Membantu guru-guru lain dalam mengenal pasti murid-murid yang menguasai kemahiran asas 3M, merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,

·        
  • Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas / matapelajaran dan ibu bapa murid

  • Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan :

     a) Kemajuan murid
b) Latar belakang murid
c) Laporan Kesihatan
d) Hasil-hasil temubual dan rujukan
  • Menjadi AJK Pendidikan Khas Sekolah

  • Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas

  •  Menjadi AJK Kurikulum Sekolah

Pengurusan Jadual Waktu


·         Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
·         Berpandukan jadual waktu induk sekolah
·         Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
·         Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah
·         Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kelas yang terlibat
·         Jika perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah

Pengurusan Masa P&P

Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut :

i.  Masa untuk mengajar – 990 minit         seminggu
         720 minit – Intervensi 3M *
         270 minit – lain-lain *
         ( BM diperuntukkan masa lebih )

ii. Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.

* agihan masa mengikut kesesuaian sekolah masing-masing

Pengurusan Masa Persediaan
·      Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid,
·      Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
·      Mengemas kini rekod-rekod,
·      Bimbingan dan kaunseling kepada murid,
·      Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas      
       biasa,
·      Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid,
·      Mengemaskini sudut-sudut pameran pembelajaran,

Pengurusan Masa Kokurikulum

Guru Pemulihan Khas, seperti guru-guru lain, perlu mengikuti Aktiviti Kokurikulum pada hari Sabtu atau waktu-waktu lain yang di luar waktu P&P apabila diarahkan oleh Guru Besar.


Jawatankuasa Pemulihan Khas

Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah hendaklah ditubuhkan dan keahliannya terdiri daripada :
1.    Guru Besar,
2.    Penolong-penolong Kanan,
3.    Guru Pemulihan Khas,
4.    Guru Kelas,
5.    Panitia Mata Pelajaran yang terlibat,
6.    Guru Disiplin ( kalau melibatkan kes disiplin ) dan
7.    Ibu Bapa

Jawatankuasa Pemulihan Khas hendaklah dilibatkan semasa Mesyuarat Panitia supaya kepentingan dan perkembangan kelas pemulihan khas tidak diabaikan.



Salam Pengenalan


Definisi Pemulihan Khas

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Matlamat

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan supaya dapat meneruskan pembelajarannya di kelas biasa tanpa masalah.

Objektif

Membantu murid menguasai kemahiran 3M,
Membantu murid mengubah sikap yang negatif,
Memupuk serta memperkembangkan sikap keyakinan diri dan minat terhadap pembelajaran

Klasifikasi Murid Pendidikan Khas

Tahun 1,2,3,5,6 yang belum dapat menguasai kemahiran 3M – Program Pemulihan Khas
Tahun 4 yang belum dapat menguasai kemahiran 3M - Intervensi 3M
Tahun 1,2,3 yang langsung tidak dapat menguasai kemahiran 3M – Pendidikan Khas