Pentadbiran Kelas Pemulihan Khas
Peruntukan Jawatan Guru Pemulihan Khas
- Semua sekolah rendah yang bukan SKM diperuntukkan seorang Guru Pemulihan Khas yang tidak termasuk dalam perkiraan peruntukkan guru asas – Rujuk Borang SR 2/88
- Guru Pemulihan Khas berkhidmat sepenuh masa dan tidak dibenarkan dilantik sebagai guru ganti – Rujuk Perkara 3 dalam Surat J.Pend.Pk.(AM) 3955/21/47Jld.3(209) bertarikh 22 Mei 2000.
Peruntukan Kewangan
Tiada peruntukan kewangan khusus untuk Program Pemulihan Khas kerana murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan khas adalah murid-murid dari kelas biasa yang hanya dikeluarkan pada waktu tertentu. Jadi perbelanjaan pengurusan Program Pemulihan Khas boleh diambil dari duit PCG untuk murid-murid berkenaan. Perbelanjaan pengurusan tambahan boleh dipohon dari PIBG sekolah.
Kepada mana-mana sekolah yang ada Program Percantuman Pendidikan Khas, sebahagian kecil duit PCG murid-murid khas boleh digunapakai untuk membantu Program Pemulihan Khas dengan kelulusan dari Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak.
Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas
- Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6,
- Membantu guru-guru lain dalam mengenal pasti murid-murid yang menguasai kemahiran asas 3M, merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
- Berjumpa dan berbincang dengan guru kelas / matapelajaran dan ibu bapa murid
- Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan :
a) Kemajuan murid
b) Latar belakang murid
c) Laporan Kesihatan
d) Hasil-hasil temubual dan rujukan
- Menjadi AJK Pendidikan Khas Sekolah
- Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas
- Menjadi AJK Kurikulum Sekolah
Pengurusan Jadual Waktu
· Tentukan masa yang diperlukan mengikut keperluan kelas
· Berpandukan jadual waktu induk sekolah
· Selaraskan dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik
· Pamerkan jadual waktu Kelas Pemulihan Khas di dalam bilik darjah
· Edarkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan kelas yang terlibat
· Jika perlu kerjasama daripada Jawatankuasa Pembentukan Jadual Waktu Sekolah
Pengurusan Masa P&P
Guru Pemulihan Khas mempunyai agihan masa seperti berikut :
i. Masa untuk mengajar – 990 minit seminggu
720 minit – Intervensi 3M *
270 minit – lain-lain *
( BM diperuntukkan masa lebih )
ii. Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit seminggu.
* agihan masa mengikut kesesuaian sekolah masing-masing
Pengurusan Masa Persediaan
· Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid,
· Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
· Mengemas kini rekod-rekod,
· Bimbingan dan kaunseling kepada murid,
· Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas
biasa,
· Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid,
· Mengemaskini sudut-sudut pameran pembelajaran,
Pengurusan Masa Kokurikulum
Guru Pemulihan Khas, seperti guru-guru lain, perlu mengikuti Aktiviti Kokurikulum pada hari Sabtu atau waktu-waktu lain yang di luar waktu P&P apabila diarahkan oleh Guru Besar.
Jawatankuasa Pemulihan Khas
Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah hendaklah ditubuhkan dan keahliannya terdiri daripada :
1. Guru Besar,
2. Penolong-penolong Kanan,
3. Guru Pemulihan Khas,
4. Guru Kelas,
5. Panitia Mata Pelajaran yang terlibat,
6. Guru Disiplin ( kalau melibatkan kes disiplin ) dan
7. Ibu Bapa
Jawatankuasa Pemulihan Khas hendaklah dilibatkan semasa Mesyuarat Panitia supaya kepentingan dan perkembangan kelas pemulihan khas tidak diabaikan.
No comments:
Post a Comment